fbpx

(Gossip) Satu Lagi Pasangan Sehati Berdansa Bakal Bercerai?

Apakah ini? Satu lagi berita kurang enak tentang selebriti kita keluar.

Kali ini nampaknya episod yang sama bakal berulang jika apa yang di’tulis benar belaka.

Kami sudah boleh bayangkan pasangan yang Gua.com.my maksudkan kerana kami pernah nampak di kaca televisyen.

Penulis gossip ini mengatakan yang si isteri pernah menengking si suami apabila tersilap langkah ketika sessi latihan.

Tidak ramai si isteri yang kami tahu berani menengking suami dalam rancangan televisyen selain pasangan yang di’khabarkan melabur duit sendiri untuk menang kereta Audi.

Hint yang kedua pula semacam sedikit tidak kena dengan andaian kami kerana kami tidak pernah dengar si suami main kayu tiga di’belakang si isteri.

Kita tunggu sahajalah perkembangan kisah ini dalam sehari dua lagi, harapnya ini semua hanya khabar angin bawaan wartawan yang punya KPI tersendiri.