Ini bukan pertama kali gossip timbul berkaitan Rozita Che Wan yang di’katakan akan berkahwin. Boleh kata setiap suku tahun pasti timbul gossip sebegini. Heh.

Terbaru, Harian Metro hari ini melaporkan yang pelakon sensasi ini di’katakan sudah bersetuju untuk menamatkan zaman solo’nya pada November 2012 ini.

Jejaka bertuah yang berjaya menawan hati Rozita Che Wan ini di’khabarkan bernama Bob, seorang ahli perniagaan yang menetap & mempunyai empayar sendiri di Johor.

Mereka di’khabarkan sudah lama berkenalan dan Bob sendiri sudah lama melamar Rozita Che Wan namun kini baru aktress ini bersetuju untuk terus berkahwin.

Kalau benarlah seperti yang di’khabarkan, nampaknya tercapai impian Rozita Che Wan untuk mengahwini seorang jejaka yang berharta — muda & kacak itu belum tahu. Heh.