fbpx

Gossip: Pelakon Popular Taruh Hati Dengan Pemain Pertahanan Harimau Muda

Perkara paling di’takuti oleh peminat sukan bola sepak Malaysia kini terjadi lagi — selebriti mempunyai niat murni untuk bergelar kekasih pemain bola sepak Malaysia.

Sebuah portal hiburan semalam ada menyebut gossip tentang seorang selebriti bertudung menaruh hati terhadap salah seorang pemain pasukan Harimau Muda, ini versi kami.

Pelakon popular yang kami ingin sampaikan ini tidak bertudung dan bakal muncul dengan barisan filem terbaru sepanjang 2012 — juga seorang pengacara.

Menurut sumber terdekat dengan pasukan Harimau Muda, pelakon ini sudah beberapa kali berusaha untuk bertemu dengan salah seorang pemain pertahanan pasukan tersebut.

Terbaru adalah selepas Harimau Muda berjaya mengharumkan nama negara di Sukan SEA 2011 dan rasanya satu Malaya tahu tentang niat pelakon popular ini untuk bertemu dengan seluruh pasukan untuk meraikan kemenangan mereka.

Kami juga ada mendapatkan respons teman rapat pelakon ini dan mereka mengakui yang pelakon muda ini ada beberapa kali menyuarakan hasrat untuk bertemu jejaka idaman beliau.

Trend sebegini bukan’lah sesuatu yang di’luar normal tetapi di Malaysia perkara sebegini boleh ganggu fokus pemain bola sepak itu sendiri. Lagi pun, pelakon popular ini di’khabarkan ada hubungan dengan seorang pelakon lain.