fbpx

Nampak tajuk seperti kenyataan yang tidak membawa apa apa gossip panas, tetapi jika nama selebriti ini di’sebut ia’nya boleh berpusing 360° ceritanya.

Beberapa bulan yang lalu, pelakon ini ada di’gossipkan dengan seorang pendatang baru ke dunia lakonan & menafikan yang beliau kini berada dalam mana mana perhubungan cinta.

Pelakon lelaki yang mula popular dengan filem komedi ini berkata beliau kini lebih selesa seorang diri dan menumpukan perhatian kepada karier beliau.

Minggu lalu, ada satu sumber yang rapat dengan pihak perempuan menghubungi kami untuk memaklumkan yang sebenarnya pelakon lelaki ini sudah pun menjalin hubungan sejak 2009 dengan seorang gadis manis berusia awal 20’an. 

Menurut sumber kami juga, gadis berlesung pipit ini merupakan kerabat dari salah sebuah negeri di Pantai Timur tetapi kini menetap di Melaka.

Keputusan untuk merahsiakan perhubungan mereka yang terjalin selama ini khabarnya datang dari pelakon lelaki ini sendiri kerana ingin menjaga status beliau yang kini sedang berada di’puncak.

Hmm. Aaron Aziz siap bawa isteri beliau ke’mana mana, elok molek masih menjadi kegilaan ramai. Heh.