fbpx

Gossip: Nur’Aisyah Zainal Bawa Diri Ke Luar Negara Kerana Kecewa?

Masih ingat lagi dengan Nur’Aisyah Zainal yang pernah menjadi tunangan Ally Iskandar?

Ikatan pertunangan antara mereka terputus akhir bulan Julai yang lalu & menurut Ally Iskandar, mereka berpisah secara baik.

Tetapi sehingga ke hari ini, tiada sebarang kenyataan balas dari pihak satu lagi iaitu pihak Nur’Aisyah Zainal.

Menurut sumber kami yang rapat dengan Nur’Aisyah Zainal, naib juara pencarian Gadis Melayu ini kini sudah menetap di Australia selepas hubungan dengan Ally Iskandar tidak menjadi.

Penghijrahan Nur’Aisyah ke Australi di’katakan hampir 100% kerana kecewa dengan Ally Iskandar dan di’katakan mahu pergi jauh dari media yang cuba mendapatkan kenyataan beliau.

Walaupun begitu, ketika anda membaca artikel ini, wakil kami di Australia sedang berusaha mendapatkan kenyataan terus dari Nur’Aisyah Zainal berkenaan hubungan terdahulu beliau bersama Ally Iskandar. Stay tuned!