fbpx

Ini sebenarnya entri dua dalam satu — pengalaman yang di’ceritakan kepada kami & petikan akhbar hari ini.

Pertama sekali tentang gossip yang mengatakan Nur Fathia ini sombong orangnya.

Al-kisah ketika majlis pra tonton filem pertama beliau, Al-Hijab ada wartawan yang kurang senang dengan cara gadis ini membawa diri.

Mungkin ini kali pertama beliau terlibat dengan majlis pra tonton filem, Nur Fathia di’katakan endah tidak endah dengan sapaan wartawan hiburan yang datang menyaksikan filem Al-Hijab.

Salah seorang rakan kami yang bekerja di belakang tabir penerbitan rancangan TV berkata setelah di’minta untuk di’temubual di’hadapan kamera barulah gadis berusia 24 tahun ini tersenyum manis melayan pertanyaan beliau.

Tentang menjadi rebutan lelaki hidung belang, Nur Fathia hari ini mengakui melalui Utusan Malaysia yang beliau di’himpit golongan yang berada selepas bergelar selebriti.

“Mereka datang dengan tawaran untuk memberi rumah serta kereta mewah. Bagaimanapun ia tidak mengaburi mata saya dan semua itu ditolak dengan cara baik”

“Saya turut ingat pesanan kedua orang tua saya supaya jangan sesekali mencemarkan industri ini dengan cara sebegini,” ujar Nur Fathia.