fbpx

(Gossip) Norman Hakim & Memey Suhaiza Tunjuk Kemesraan di IKEA

Semakin hilang sifat segan pasangan kontroversi ini nampaknya.

Semalam, ada peminat hiburan yang terserempak dengan Norman Hakim & Memey Suhaiza di tempat lepak kegemaran kami, IKEA.

Mereka di’lihat berjalan berdua sahaja tanpa di’temani sesiapa dan mengukuhkan lagi dakwaan mereka bercinta.

Orang ramai di IKEA di’katakan memandang pasangan ini penuh perasaan meluat sehingga ada antara mereka yang menarik muka tidak selesa dengan kehadiran mereka.

Lebih-lebih lagi apabila Memey Suhaiza dikhabarkan dengan sengaja memeluk Norman Hakim sebagai tanda kemesraan mereka.

Seperti lupa bagaimana mereka boleh sampai ke hubungan hari ini, apa yang terjadi sebelum ini benar-benar menjadi lesen untuk mereka berbuat apa sahaja di’khalayak ramai.

Kalau sudah muncul di IKEA pun boleh jadi bahan orang benci, Norman Hakim & Memey Suhaiza perlu cepat-cepat sedar diri. Atau, kahwin.