fbpx

Risau pula kami tengok perkembangan kerjaya bintang baru bernama Neelofa ini — lebih popular dengan kontroversi dari hasil seni.

Apa yang hendak kami sampaikan di'sini bukan berniat untuk menambah perisa dalam kontroversi Neelofa tetapi ini sebenarnya yang kami rasa & dengar sejak beberapa hari ini.

Ada teman media yang sering minum bersama kami memberitahu, akhir akhir ini Neelofa agak sukar untuk di'hubungi — tidak kira melalui teks atau panggilan telefon.

Kalau benar benar sibuk dengan kerja tidak mengapa tetapi dalam masa yang sama mempunyai masa untuk melayan peminat di'Twitter, tetapi tidak panggilan telefon wartawan.

Adakah Neelofa sekarang sudah pandai memilih kawan atau bodyguard baru beliau yang memberikan garis panduan untuk berkawan? Bercakap tentang bodyguard.

Ada burung burung berkicauan memberitahu yang keputusan Neelofa untuk mengupah bodyguard bukan kerana alasan keselamatan semata mata tetapi juga ada terselit nilai perasaan yang beliau penting dalam industri hiburan. Hmm.

zp8497586rq