fbpx

Gossip: Lagu Popular Penyanyi Dari Youtube Ciplak Karya Penyanyi Eropah?

Kami tiada idea gambar siapa yang kami gunakan untuk entri gossip tanpa nama selebriti kali ini — yang penting comel.

Gossip ini sebenarnya sudah kami dengar sejak dua minggu lalu apabila seorang krew belakang tabir penerbitan program muzik berikan kami maklumat ini.

Penyanyi yang lahir dari fenomena Youtube ini kini masih popular & tidak menunjukkan tanda tanda akan berhenti untuk terus keluar dengan karya kreatif.

Namun kisah yang menemani nama penyanyi ini kurang sedap untuk kami dengar, maklum’lah beliau sendiri sedang sibuk dengan aktiviti menaikkan nama beliau yang masih muda dalam industri muzik Malaysia — juga persiapkan diri untuk satu pertandingan besar.

Lagu yang memperkenalkan beliau ke peminat dunia hiburan ini di’khabarkan bukan karya asal gadis ini atau sesiapa pun di’Malaysia.

Seorang penyanyi indie di Perancis telah perasan akan fenomena lagu tersebut dan telah pun memfailkan complaint terhadap beberapa badan berwajib yang memantau industri muzik Malaysia.

Perkara ini sedang di’sembunyikan oleh penggiat industri muzik kerana ingin menjaga nama penyanyi muda ini selain dakwaan penyanyi indie dari Eropah itu masih belum dapat di’buktikan kesahihan’nya.

Sayang sebenarnya kalau nama anda naik dalam dunia hiburan menggunakan hasil karya orang lain. Kami percaya anda kreatif, tetapi jika benar, ini bukan caranya. Peace!