fbpx

Gossip: Khairul Fahmi Chet Mat & Leuniey Bakal Kahwin Disember Ini?

Khairul Fahmi Chet Mat & Leuniey Bakal Kahwin Disember IniSeminggu lalu, Leuniey menafikan sekeras kerasnya yang beliau akan bertunang dengan Khairul Fahmi Che Mat selepas di’lihat keluar bersama memilih kain.

Perkembangan terbaru kali ini memungkinkan yang Leuniey sebenarnya tidak berbohong kerana pasangan ini di’khabarkan bakal terus bernikah tanpa melalui ikatan pertunangan.

Laman Media Hiburan hari ini melaporkan secara eksklusif yang Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey kini sedang rancak mengatur persiapan untuk majlis perkahwinan mereka Disember ini.

Menurut sumber lagi, dua majlis persandingan akan diadakan iaitu satu di Hotel Renaissance Kota Bharu & satu lagi di Hotel Perdana Beach Resort Kota Bharu, Kelantan.

Jika benar seperti yang di’dakwa, ribuan ucapan tahniah kami dahulukan buat pasangan yang memang secocok bersama ini. Sila jemput kami ke Kelantan, kami memang tidak malu.