fbpx

Sebelum anda jerit nama Rotikaya kerana sekali lagi mengusik kisah peribadi beliau, suka untuk kami ingatkan yang Khairul Fahmi Che Mat kini merupakan selebriti. Heh.

Jadi, kisah gossip sebegini tidak boleh kami lepaskan begitu sahaja & memerlukan perhatian peminat yang sepatutnya.

Awal hari semalam, timbul sebuah akaun Twitter yang mendakwa mengetahui kisah kurang senang untuk di’dengar kita semua buat kesekian kali’nya ini.

Penulis akaun Twitter @MahsiH2 mendakwa yang hubungan Khairul Fahmi Che Mat dan Dahlia Teck kini sudah pun berakhir dek kerana si lelaki kini sudah pun memiliki kekasih baru yang juga rakan senegeri Kelantan bernama Leuniey

Agak pelik bunyi nama kekasih baru Khairul Fahmi Che Mat ini tetapi menurut sumber yang tidak kami pasti kesahihan’nya ini mendakwa Leuniey merupakan tunang kepada lelaki lain tetapi meminta putus kerana mahu bersama penjaga gol Malaysia kesayangan ramai ini.

Anda boleh membaca semua dakwaan penulis Twitter itu melalui screenshot yang kami simpan ini & kami perhatikan Dahlia Teck atau Khairul Fahmi Che Mat sendiri sudah tidak saling mention sejak pertengahan Januari 2012. Hmm.