fbpx

Gossip: Kehidupan Sosial Terdedah Kepada Umum Angkara Saudara Sendiri?

Terkejut juga sebenarnya kami apabila dengar kisah sebenar di’sebalik situasi kecoh yang menyelubungi selebriti wanita ini.

Bukan apa, kami pada awalnya mendengar dua versi berbeza tentang bagaimana kisah kehidupan peribadi aktress ini boleh terdedah dengan mudah kepada umum.

Versi pertama berkata bukti di’muat naik ke laman sosial oleh peminat yang kebetulan bertemu — versi satu lagi berkata kawan kawan rapat yang turut serta tidak sengaja melepaskan bukti ke pandangan umum.

Menurut sumber yang boleh di’percayai & sahih fakta’nya, semua bukti aktiviti sosial selebriti itu yang menjadi tatapan seluruh Malaysia telah di’serahkan secara peribadi oleh ahli keluarga terdekat sebelah si lelaki.

Rupa rupanya saudara terdekat kekasih si selebriti ini merupakan rakan baik kepada orang kuat belakang tabir sebuah stesen televisyen — yang kemudian’nya mendedahkan bukti yang ada untuk hebahan media lain.

Dan terjadinya minggu kontroversi yang panjang sehingga memaksa aktress ini meminta maaf kepada umum atas ketelanjuran beliau. Itu’lah, kadang kadang bukan orang lain yang mahu melihat kita tersungkur. Hmm.