fbpx

Kelakar pun ada kami dengar kisah selebriti yang tidak habis habis mencipta kontroversi murahan untuk kepentingan diri sendiri ini.

Mengerjakan umrah memang satu perkara yang terpuji — kami pun masih belum mampu, asyik dengan gossip — tetapi bercerita ke seluruh alam, tidak cool.

Menurut sumber yang kami temui lewat petang semalam, ada kisah menarik berkaitan selebriti ini tentang umrah beliau — pulang dengan ihsan ahli keluarga kerana kad kredit di’sekat.

Semua orang tahu yang selebriti bermulut laser ini mempunyai sejarah hubungan kurang baik dengan adik beradik beliau yang juga merupakan orang berpengaruh dalam politik.

Namun adik beradik ini juga’lah yang menghulurkan bantuan apabila si selebriti ini hampir terkandas di kota Mekah — tetapi hari ini timbul pula isu yang mengatakan selebriti lelaki ini menfitnah adik beradik sendiri.

Khabarnya juga, kereta mewah milik selebriti yang pernah muncul dengan program realiti TV sendiri ini turut di’bayar wang pendahuluan’nya oleh salah seorang adik beradik beliau.

Entah sampai bila hubungan beliau bersama adik beradik akan terus berantakan sebegini — apabila keadaan reda, ada sahaja isu baru yang hendak di’timbulkan. Hmm.