yuna2_std

Mereka yang keluar dari kepompong underground dan menyertai mainstream hari ini pasti akan sekali di’landa gossip liar yang membabitkan media.


Hujan & Noh terutamanya di’tuduh sombong. Meet Uncle Hussein juga mengalami nasib yang sama – tidak serasi dengan media.

Terbaru, gadis indie Malaysia yang popular dengan lagu ‘Dan, sebenarnya’ di’tuduh menipu pihak media atas kegagalan menghadiri satu sessi fotografi.

Yuna dalam kenyataan terbaru menjelaskan apa yang terjadi hanyalah salah faham antara pihak beliau & media.

Yuna di’dakwa memberikan alasan bapa saudaranya meninggal dunia untuk mengelak daripada menjalani sesi fotografi bersama media tetapi dalam masa yang sama dia masih boleh menghadiri sebuah lagi program di tempat yang berlainan.

Yuna memberitahu yang beliau tidak tahu menahu yang media sedang menunggu beliau untuk sessi fotografi & yang meninggal dunia pada ketika itu adalah pakcik Stacy.

“Saya yakin yang saya tak pernah tipu, kurang ajar dan bercakap elok-elok dengan orang lain,” jelas Yuna kepada media.