Sesekali kita layan gossip yang menuju ke’arah sesuatu yang positif tidak salah ‘kan?

Lama tidak kita dengar berita dari pengacara & selebriti popular, Raja Azura berkaitan isu peribadi beliau.


Terakhir kami nampak kelibat Raja Azura secara live adalah ketika beliau menjadi salah seorang pengacara pentas luar karnival Suara Kami 2011 hujung minggu lalu.

Penulis ruangan hiburan di Berita Harian membawakan secebis berita gembira untuk peminat Raja Azura.

Seseorang katanya terserempak dengan Raja Azura & suami, Adzmin Osman keluar membeli belah bersama untuk tiga orang anak mereka bersama.



Raja Azura & Adzmin Osman di’katakan cukup mesra dan wanita cekal ini di’katakan menggenggam erat tangan si bekas suami dan itu cukup membuktikan masih ada sayang antara mereka berdua.

Raja Azura sendiri berkata yang beliau masih sayangkan suaminya ketika sidang media setahun yang lalu & bersedia untuk merujuk semula perkahwinan mereka.

Jika rasa sayang itu masih kuat, tidak salah rasanya untuk kembali demi anak anak yang masih kecil. Masing masing boleh memaafkan kesilapan lalu, itu lebih penting.