Gossip: Gambar Syahrini Cium Jejaka Lain Tersebar, Sekadar Sahabat?Pasangan kekasih yang tiba tiba mendapat perhatian media ini nampak’nya masih mempunyai isu yang boleh di’ketengahkan. Kali ini, gambar mesra si wanita tersebar.

Awal petang semalam, media Indonesia hangat melaporkan yang beberapa keping gambar yang menunjukkan kemesraan Syahrini dengan seorang jejaka mula tersebar.

Yang menjadi isu di’sini adalah, jejaka tersebut bukan’lah Bubu yang kini merupakan kekasih Syahrini & ini mengundang satu spekulasi hangat sepanjang hari semalam.

Untuk tidak mahu memanjangkan cerita, jejaka yang wajahnya tersiar bersama Syahrini ini tampil memberikan penjelasan bahawa gambar gambar tersebut merupakan gambar lama.

Jejaka tersebut merupakan Iwan Sunarto yang juga sahabat kepada pereka pakaian Syahrini & menjelaskan yang hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan.