fbpx

Gossip: Faradhiya Putus Cinta Dengan Suami Orang?

Kali terakhir kita dengar kisah cinta Faradhiya di’sini adalah ketika timbulnya gossip yang beliau bercinta dengan seorang saudagar hotel yang juga merupakan suami orang.

Dan, kisah itu di’nafikan 200% oleh Faradhiya sendiri.

Kisah terbaru yang di’sampaikan menerusi ruangan gossip Kosmo! semalam menyatakan yang Faradhiya kini sudah pun putus cinta dengan jejaka yang di’maksudkan sebelum ini.

“Katanya, Faradhiya sekarang sudah putus cinta dengan seorang lelaki yang wajahnya ala ala Arab. Mesti kacak dan yang nyata, lelaki itu boleh tahan juga mewahnya. Tapi sayang, sudah punya keluarga — kira macam cinta tiga segilah juga ya?”

Namun gossip tersebut tidak menyatakan sebab kenapa pasangan ini putus cinta tetapi sempat berandaian yang Faradhiya kini mungkin sudah sedar akan risiko mencintai suami orang lain.

UPDATE-1: Memberi kenyataan tidak rasmi secara ringkas melalui akaun Twitter beliau, Faradhiya memaklumkan yang beliau sendiri tidak tahu akan kisah putus cinta ini. “All good on my side” — tidak pasti sama ada masih bercinta atau memang tidak bercinta. Hmm.

Screen Shot 2013-09-02 at 11.32.49 AM