fbpx

Gossip: Ezad Lazim Putus Tunang?

Pada 1 Jun 2012 yang lalu, Ezad Lazim telah pun mengikat tali pertunangan dengan pembantu peribadi beliau, Asliza Abdullah dalam satu majlis serba ringkas.

Walaupun tiada sebarang tarikh di’berikan ketika itu & bilakah mereka akan berkahwin, jelas Ezad Lazim gembira yang beliau akhirnya bakal mendirikan rumahtangga.

Namun, maklumat terbaru yang kami dapat daripada seorang yang rapat dengan keluarga Ezad Lazim mengatakan pasangan ini sudah pun memutuskan hubungan mereka.

Menurut sumber, urusan untuk perkahwinan sudah pun bermula sejak Julai 2012 lagi dengan pihak lelaki menguruskan segala dokumen yang berkaitan dengan pejabat agama.

Tetapi tidak menariknya, urusan dokumen di’sebelah pihak perempuan tidak ‘berjalan’ seperti di’mahukan dan tertangguh sehingga empat bulan lamanya tanpa punca.

Ezad Lazim sendiri merasakan yang pihak perempuan tidak bersungguh dalam proses perkahwinan mereka dan mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat untuk berkahwin.

Sayang sebenarnya kalau benar mereka berdua telah putuskan hubungan pertunangan. Mereka hanya selangkah sahaja lagi untuk masuk ke alam perkahwinan nan indah. Heh. Harap Ezad Lazim & pasangan boleh temui jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka berdua.