fbpx

(Gossip) Enggan Ikut Jadual Promosi: Isteri Mawi, Ekin Bakal Di’saman

Alkisahnya, selepas berkahwin dengan Mawi, Raja SMS yang (dahulunya) popular, Ekin turut menerima tempias kemasyuran suami beliau.

Ekin seperti kita sedia maklum telah menjadi duta beberapa produk yang sesuai dengan status & penampilan baru beliau.

Apa yang tidak sedapnya adalah Ekin enggan untuk mengikuti rangka promosi yang telah di’rencanakan mengikut kontrak yang telah Ekin tandatangani.

Sumber turut menyatakan ia masih dalam peringkat awal & jika boleh syarikat berkenaan mahu berbincang dahulu dengan Ekin sebagai penyelesaian.

Jika benar cerita yang di’sampaikan ini, nampaknya Mawi kena buat sesuatu untuk menjaga imej bersih beliau. Jangan kerana sang isteri, orang pandang serong dengan awak.