fbpx

Gossip: Emma Ma’embong Nafi Rampas Kekasih Uqasha Senrose

Kalau baca seimbas lalu tajuk yang di’siarkan akhbar hari ini memang akan terfikir yang Emma Ma’embong telah merampas Pekin Ibrahim dari tangan Uqasha Senrose. Drama sungguh kalau ianya benar.

Hujung minggu lalu, gossip timbul mengatakan yang Emma Ma’embong dan Uqasha Senrose kini tidak bertegur sapa gara gara Emma yang di’katakan telah merampas kekasih Uqasha sebelum ini, Ally.

Selain tidak tahu bagaimana kisah tersebut boleh tiba tiba timbul, Emma Ma’embong berkata kepada Kosmo! hari ini yang dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Berikut penjelasan beliau.

“Saya berkenalan dengan lelaki itu (dikenali dengan nama Ally) selepas Uqasha dan Ally berpisah selama empat bulan”

“Apabila saya mendapat tahu yang Ally pernah bercinta dengan Uqasha, saya memberikan peluang kepada Ally untuk kembali kepada Uqasha tetapi dia sendiri yang pilih saya”

“Saya tidak pasti kenapa Ally dan Uqasha putus cinta,” jelas Emma lagi.