fbpx

Gossip: Dayana (Anak Wayang) Dan Syazwan Zulkifly Bercinta?

Mungkin ramai yang tidak mengenali dua selebriti ini, namun bagi mereka yang mengikuti perkembangan realiti TV Anak Wayang dan Drama bersiri popular, Juvana pasti peka dengan kehadiran dua wajah baru yng menghiasi industri seni tanah air ini.

Terdengar khabar angin memberitahu bahawa mereka berdua kini sedang bercinta, untuk mendapatkan kepastian pihak Rotikaya telah menemubual Syazwan berkenaan isu tersebut.

Berita mereka bercinta dikuatkan lagi setelah gambar mesra berdua mereka tersebar di internet.

“Kami hanya berkawan baik, kebetulan gambar tersebut diambil setelah kami berdua sama-sama pergi ke kedai gunting rambut. Tiada apa yang istimewa, namun jika jodoh kami untuk bersama saya tidak menolak kerana Dayana miliki ciri-ciri perempuan idaman saya.”

Ujar Syazwan yang dikatakan bakal menggantikan hero Malaya seperti Rosyam Nor dan Beto Khusyairy dengan wajah lelaki melayu asli, dia sebenarnya tiada masa memikirkan perihal percintaan kerana fokusnya sekarang hanyalah di dalam bidang lakonan.

Syazwan Zulkifly & Dayana Anak Wayang Bercinta - ROTIKAYA copy