fbpx

Gossip: Cameron Diaz Kini Bersama P Diddy?

Dan, gossip ini sekali lagi tersebar selepas hampir tiga tahun di’lupakan oleh wartawan hiburan di Hollywood sana.

Beberapa jam yang lalu, laman hiburan tabloid Hollywood mula menyiarkan persoalan sekitar tahun 2008 — adakah Cameron Diaz kini berpacaran bersama P Diddy.

Dua selebriti berpengaruh & popular Hollywood ini di’khabarkan menghabiskan masa bersama dalam satu makan malam yang indah di Catch Roof, New York menurut satu sumber.

Tidak habis di’situ, Cameron Diaz & P Diddy di’lihat berjalan bersama penuh romantik pada keesokkan hari’nya di sebuah taman dalam bandar New York dan kisah tabloid mereka pun bermula.

Menurut mereka yang rapat dengan pasangan ini, ianya masih terlalu awal untuk mengatakan ya kepada gossip ini tetapi mengakui yang mereka sememangnya kelihatan begitu selesa apabila bersama.

Gossip pertama hubungan mereka timbul sekitar tahun 2008 yang lalu apabila ada saksi mengatakan mereka bersama dalam satu adegan sangat romantik di sebuah parti anjuran Prince.