Ratu kontroversi kembali lagi & kali ini dengan gossip yang mengatakan beliau kini sudah pun bergelar isteri kepada seorang jejaka kacak dari negara seberang, Indonesia.

Sebelum itu, kali terakhir kita semua dengar tentang kisah cinta pelakon sensasi ini adalah ketika beliau bertunang secara mengejut selain hubungan misteri bersama Aliff Aziz — yang sebenarnya masih misteri sehingga ke hari ini.

Tidak semena mena, terbit satu gossip melalui forum hiburan terkemuka Malaysia, Cari yang Zarina Anjoulie kini sudah pun bergelar isteri kepada seorang jejaka bernama David Tamara.

Menariknya, peminat berjaya menghidu hubungan Zarina Anjoulie & David Tamara ini melalui Twitter mereka yang saling berkasih sayang & mewujudkan syak. 

Wartawan Rotikaya telah menghubungi Zarina Anjoulie untuk mendapatkan kepastian namun jawapan SMS yang kami terima sekadar ‘no comment’ tanpa sebarang penafian mahu pun pengesahan akan gossip yang mula menjadi perhatian ini.

Adakah benar Zarina Anjoulie sudah bernikah secara senyap di’Indonesia atau ini satu lagi gimik manja dari Ratu Kontroversi ini? Hmm.