fbpx

Cerita ini mempunyai empat watak yang perlu anda fahami supaya tidak bercelaru jalan cerita — kalau’lah kami mampu sebut nama sebenar.

Dua orang wanita bergelar artis yang kami gelarkan A & K, seorang pengkid dengan nama D — dan lelaki si rebutan bernama Z.

A merupakan seorang artis yang mempunyai nama & baru sahaja memutuskan hubungan dengan sang lelaki berpoket tebal Z dek kerana lelaki ini memang terkenal dengan sifat kaki perempuan.

Tragedi susulan yang menimpa A akibat cinta tidak kesampaian ini mendapat liputan meluas media massa dan semua orang tahu punca sebenar tragedi tersebut adalah kekecewaan A terhadap sikap tidak serius Z dalam hubungan.

Berita terbaru yang kami terima & di’sahkan sendiri oleh artis A — Z kini sedang bercinta dengan artis kelahiran program realiti TV popular, si K.

Menariknya, K sudah menjalinkan hubungan cinta sejenis dengan seorang pengkid bernama D dan hubungan mereka sudah berlangsung selama tiga tahun dan hampir hampir terbongkar selepas beberapa gambar intim mereka tersebar di’internet.

Hubungan K dengan Z masih belum di’hidu oleh si pengkid D kerana gadis ini menaruh sepenuh kepercayaan kepada K. Katanya, K serius dengan hubungan cinta beliau bersama Z.

Oh Tuhan, kami harap anda semua boleh faham gossip awal pagi ini. Kalau tidak pun, apa salah’nya — banyak perkara lebih penting untuk anda fahami selain kisah ini.