fbpx

Entah kenapa kami letak status selebriti ini sebagai bekas bintang realiti televisyen. Mungkin kerana beliau seperti sudah tidak relevan atau program itu sudah tinggal sebagai sejarah. Hmm.

Apa pun, terkejut juga kami bila dapat perkhabaran dari kenalan selebriti ini yang terbuka mulut berkaitan pernikahan penyanyi lelaki itu baru baru ini.

Para peminat sebenarnya sedia maklum yang penyanyi ini sudah pun mempunyai kekasih hati dan boleh nampak mereka memang bahagia apabila bersama.

Namun, yang umum tidak tahu adalah si lelaki ini kini sudah pun bergelar suami orang & khabarnya pernikahan antara penyanyi ini dan wanita pilihan hati beliau itu berlangsung di selatan Thailand sekitar bulan lalu. 

Penyanyi ini di’khabarkan bernikah dengan seorang wanita bergelar pegawai bank & pernikahan ini semestinya di’rahsiakan dari teman wanita sekarang ini.

Kami sebenarnya ada menghubungi penyanyi ini untuk mendapatkan kepastian namun beliau berdolak dalik berkaitan hal ini dan tidak menjawab persoalan sama ada benar atau tidak akan perkhabaran yang kami terima.

Mungkin penyanyi ini ada alasan sendiri untuk sembunyikan status sebenar beliau. Kita tidak tahu. Apabila beliau sudah sedia untuk mendedahkan perkara sebenar, kita akan tanya habis habisan. Heh.