fbpx

(Gossip) Bebas Tuduhan Rasuah, Abu Bakar Kassim Beli Nombor Ekor?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Rasanya tidak sampai 3 bulan kisah Abu Bakar Kassim terlepas tuduhan rasuah, hari ini ada kes berkaitan ‘salah guna’ wang lagi.

Kali ini bukan melibatkan wang orang lain, tetapi salah guna wang sendiri untuk membeli nombor ramalan.

Seorang peminat hiburan memberitahu yang beliau sedang memandu di’tengah kawasan sibuk sebelum mata terpandang ke dalam sebuah kedai agensi nombor ramalan.

Terkejut bukan kepalang apa bila peminat ini ternampak satu wajah yang begitu familiar sekitar tahun 90’an. Dengan imej misai melintang aktor ini, siapa tidak kenal.

Aktor veteran yang terkenal melalui drama Opah ini di’katakan baru sahaja keluar dari kedai tersebut sambil meneliti tiket yang (mungkin) beliau beli.

Kalau mahu di’ikutkan, bukan sedikit orang Melayu yang turut serta bermain nombor ramalan ini. Ramai juga kenalan rapat kami yang menggunakan kenalan berbangsa lain untuk beli nombor.

Kalau’lah Abu Bakar Kassim ini orang biasa, pasti tiada siapa peduli. Kita tunggu sahaja mana-mana krew terjah rasmi Malaysia untuk dapatkan jawapan.