fbpx

(Gossip) Aznil Hj Nawawi Akan Kembali Menjadi Hos Akademi Fantasia 9?

Pagi pagi Isnin sudah bercerita tentang Akademi Fantasia 9 (AF9), bosan ‘kan? Tetapi ini mungkin berita baik untuk mereka yang sudah tawar hati dengan Akademi Fantasia.

Selepas gossip yang mengatakan lagenda hidup rock Malaya, Amy Search bakal muncul sebagai pengetua AF9, kini timbul satu lagi gossip menarik.

Bekas pengacara atau hos tetap Akademi Fantasia dari musim pertama sehingga musim kelima, Aznil Hj Nawawi di’katakan bakal kembali ke pentas utama.

Aznil Hj Nawawi yang telah meninggalkan Akademi Fantasia selama tiga tahun ini berakhir menjadi pengkritik tetap sehingga Akademi Fantasia 8 (AF8) yang lalu.

Kami sebenarnya menyambut baik kembalinya Aznil Hj Nawawi ke pentas Akademi Fantasia, namun sama seperti keadaan Amy Search, kami harapkan tiada lagi edisi untuk Akademi Fantasia.

Kredit gambar tanpa prejudis buat Irwandy Mazwir (Flickr). Ada tips tentang selebriti? E-mailkan kepada kami atau melalui Twitter @rotikaya.

Good morning Malaysia!