fbpx

(Gossip) Artis Popular Gugurkan Bayi Kerana Tidak Sempurna Sifat?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Kisah ini terjadi hampir 2 tahun lalu & satu Malaysia bersimpati.

Dari mulut selebriti ini, bayi yang di’kandungnya selama 7 bulan mengalami keguguran dan merupakan keguguran kali kedua beliau.

Selebriti yang sepatutnya naik ke atas pentas menerima anugerah ini tidak dapat hadir dek kerana hal ini.

Seorang wartawan awam Cari.com.my mendedahkan cerita yang di’dakwa fakta sebenar di’sebalik keguguran kandungan artis ini.

Artis popular ini di’katakan mempunyai darah campuran & pernah beberapa kali memenangi anugerah ‘populariti’ termasuk anugerah pada malam beliau keguguran.

Sebab sebenar artis ini mengambil jalan mudah menggugurkan kandungan 7 bulan beliau adalah kerana bayi dalam kandungan tidak sempurna sifat.

Keadaan bayi berkenaan (menurut maklumat dalam sebuah hospital berstatus tinggi) adalah berpunca dari perilaku si ibu yang minum minuman beralkohol di peringkat awal kandungan.

Kisah artis menggugurkan kandungan dengan sengaja ini masih menjadi rahsia besar hospital mewah & doktor yang terlibat pada malam tersebut.

Rasanya membazir sahaja jutaan ucapan simpati rakan artis & rakyat Malaysia jika benar kisah yang di’sampaikan ini.