fbpx

Kami cuba mengumpul sebanyak mungkin maklumat sahih sebelum menulis berita sensasi ini.

Kerana kami sendiri tidak menonton televisyen ketika Angelina (Angel Liena) tampil di Melodi mencari ibu kandung beliau yang merupakan seorang selebriti.

Ya, gambar gadis muda di’sebelah adalah Angelina bersama ibu saudara’nya yang kini menjadi penjaga & ibu bapa kepada gadis berusia 15 tahun ini.

Peminat dunia hiburan Malaysia mula berspekulasi tentang siapa ibu kandung Angel Liena yang sebenarnya. Hasil kajian mereka, ada yang mengandaikan selebriti tersebut ialah Watie Elite.

Kami tidak pasti apa yang Angel Liena tunjuk di kaca televisyen Ahad lalu, namun tekaan Watie Elite sebagai ibu kandung kepada Angel Liena ini di’kuatkan oleh tajuk sebenar segmen Melodi tersebut.

Screenshot ini di’kongsi oleh rakan media kami, SelebriTweets (terima kasih!) dan Watie Elite masih belum memberi apa apa respons berhubung persoalan anak kandung beliau ini.

Angel Liena melalui Facebook beliau juga ada menyiarkan sekeping grafik yang mengandungi gambar seorang jejaka & Watie Elite selain gambar beliau sendiri.

Jejaka tersebut di’dakwa bernama Zulkarnain & siapa sebenarnya gerangan lelaki bernama Zulkarnain dalam hidup Watie Elite dan Angel Liena ini masih menjadi tanda tanya.