fbpx

Gossip: Ana Dahlia Kini Seorang Janda, Berkahwin Umur 21 Tahun?

Maaf jika kami yang awesome ini terlambat namun perkhabaran ini baru sahaja kami terima.

Ana Dahlia yang kini sedang hangat bercinta dengan anak teruna Chef Wan, Chef Riz di’khabarkan bergelar janda.

Seorang penulis blog bernama Kjee menulis sumber orang kampung Ana Dahlia menyampaikan kisah silam insan dengan nama sebenar Diyana Mastura Jaafar ini.

Menurut sumber, Ana Dahlia telah berkahwin dengan seorang jejaka kaya ketika gadis ini berumur 21 tahun. Namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan bercerai selepas beberapa ketika.

Lebih menyedihkan, Ana Dahlia di’katakan sudah lama tidak menjenguk ibu bapa beliau di’kampung sedangkan kedua dua kini hidup susah dan gadis ini berada di Kuala Lumpur menikmati hidup serba lengkap.

Chef Riz dalam kenyataan beliau kepada mStar Online hari ini memberitahu yang bapanya mengarahkan beliau untuk mengunci mulut tentang kisah cintanya dengan Ana Dahlia dan hanya membuka mulut jika ianya berkaitan kerjaya.

Pada hemat kami, kesahihan kisah Ana Dahlia ini merupakan janda atau tidak perlu datang dari mulut si empunya badan sendiri. Jika ya katakan ya, jika tidak katakan tidak. Jangan hantar pihak ketiga untuk menjawab.