Kalau kami tidak sebutkan jenama dan gudang pakaian yang kami maksudkan, pasti anda sendiri boleh meneka dengan tepat. Satu Malaysia naik gila, seminggu lalu.

Di’sebalik pembukaan yang gilang gemilang dengan kehadiran ramai VIP, kaki fesyen & selebriti, ada satu kisah kurang enak yang di’timbulkan oleh seorang aktress popular.


Sumber kami yang sememangnya bekerja rapat dengan pihak pengurusan jenama ini kesal dengan tindakan seorang pelakon popular yang membawa keluar pakaian sesuka hati.


Mencuri mungkin terlalu kasar bunyinya namun bukan kecil nilai pakaian yang ‘berjaya’ di’seludup keluar, lebih RM2,000 juga. Hendak kata tidak berduit, namanya memang popular.



Aktress muda yang baru berkahwin tahun lalu ini mungkin tidak tahu jemputan yang hadir masih perlu membayar apa yang di’inginkan walaupun mempunyai diskaun istimewa.

Atau, beliau sengaja membawa pulang baju jenama terkenal itu tanpa rasa bersalah untuk di’jual semula di’kedai pakaian milik beliau. Mungkin kami kata, siapa tahu. Heh.