Pertamanya sekali, gambar di’sebelah bukan siapa siapa dan hanyalah sekadar gambar hiasan, Nanti ada yang membuang masa meneka siapakah dalam gambar di’sebelah. Heh.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Terkejut juga kami apabila dengar kisah terbaru pelakon wanita yang popular ini dengan kekasihnya yang tidak juga kami disini sangka seorang yang ringan tangan, terhadap wanita.
Pelakon wanita yang kami maksudkan sebenarnya baru sahaja mencapai status popular walau sudah bertahun tahun berlakon & beliau bersikap terbuka akan status dirinya.
Muncul di’sebuah majlis anugerah baru baru ini bersama teman lelaki, aktress ini mengakui dirinya sudah berpunya & kisah terbaru ini seakan kontra dengan apa yang di’tunjukkan.
Hubungan pelakon ini & kekasih kini khabarnya sudah berakhir selepas aktress ini nekad melangkah pergi selepas insiden di’pukul baru baru ini yang juga bukan buat pertama kali.
Sumber kami tidak pula memaklumkan punca pergaduhan sehingga menyebabkan si lelaki naik tangan tetapi yang pasti teman lelaki beliau memang seorang yang panas baran.
Dan, sehingga ke sekecil kecil perkara pun boleh bawa pertengkaran besar antara mereka. Bagus juga aktress ini angkat kaki dari lelaki yang tidak tahu mengawal diri ketika marah ini — lebih lebih lagi jika ringan tangan untuk memukul. Ramai lagi lelaki yang gentlemen di’luar sana.