fbpx

(Gossip) Aidil Zaquan Larang Rita Rudaini Berlakon Bersama Remy Ishak?

Gossip tidak pernah habis kalau di’layan biarpun pasangan selebriti ini sudah bergelar suami isteri yang sah & bahagia.

Terbaru, ada ura-ura timbul menyatakan Aidil Zaquan sudah masuk campur dalam urusan kerjaya lakonan isterinya, Rita Rudaini.

Rita Rudaini sepatutnya memegang teraju utama dalam drama Suraya tetapi atas arahan Aidil Zaquan, watak itu kini di’pegang oleh Zizie Ezette.

Sebab utama Aidil Zaquan melarang isterinya berlakon dalam drama tersebut adalah kerana seorang pelakon kacak lain, Remy Ishak turut ada berlakon.

Mengikut sejarah, Rita Rudaini & Remy Ishak pernah berlakon bersama dalam drama ‘Jalan Pintas ke Neraka’.

Dalam drama tersebut, ada satu adegan kontroversi membabitkan kedua-dua pelakon ini dalam bilik mandi. Ini di’katakan titik permulaan Aidil Zaquan mula tidak senang.

Jika benar, Remy Ishak dalam keadaan bahaya. Selepas di’pukul oleh 7 orang lelaki baru-baru ini, nampaknya ada insan lain yang tidak senang dengan kedudukan beliau.