Gosip Dengan Menteri, Mawar Karim Dedah Ada Pihak Sengaja Fitnah
Tiada angin tiada ribut, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila usahawan Mawar Karim terpalit kontroversi mempunyai hubungan istimewa dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.
Khabar angin itu timbul apabila Mawar didakwa dilihat berada bersama dengan Menteri berkenaan di dalam kenderaan yang sama ketika di sekatan jalan raya (SJR) Perasing.
BACA: Mawar Karim Akui Bersalin Lagi Sakit Dari Hidap Covid-19
Tampil menafikan gosip tersebut, Mawar mendedahkan ada pihak sengaja menyebarkan gosip berbaur fitnah itu, serta turut memuat naik paparan skrin perbualan WhatsApp memberi gambaran seolah-olah isu tersebut sengaja dilakukan barangkali demi menjatuhkan reputasi seseorang.
“Saya ada beberapa perbualan ‘Datuk’ ini yang motif sebenarnya? Hmm. Seronok sangat ke dapat sebar berita fitnah ya? Apa maksud ‘masa dah suntuk?’ Apa motif dan apa agenda orang yang digelar ‘Datuk’ ini’?”
Mawar turut memuat naik sekeping gambar mendedahkan individu disebalik penyebaran khabar angin tersebutada di dalam gambar yang dikongsikan itu.
“Minta perhatian Tun M tiada mengena dalam hal ini. Tuan-tuan jangan libatkan Tun M, ya.
“Tak sangka salah ‘seorang’ antara yang menjadi orang suruhan ‘Datuk’ adalah penulis, penyebar dan pereka cerita-cerita fitnah. Orangnya salah seorang dalam gambar. Terima kasih kerana anda telah menyebar fitnah dengan jayanya,” tulisnya.
Terdahulu, Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan beliau ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman termasuk gosip berkaitan hubungan dengan seorang usahawan wanita terkenal.
- SUMBER
- Kosmo!
ish3, dasyat permainan politik ni ye..
saya rasa 1 buah ofis bukit aman 2.0 hrus dbina kat halaman rumah makcik tiniey….khas utk pantau & siasat isu2 yg diaorg 1 fmly cetuskan…
Minggu lepas rugi RM2.4 billion sehari tak leh lockdown. Hari ni nyawa lebih penting perlu lockdown. Nape pulak hari ni blh rugi RM2.4 billion sehari ? Camne pon, dgn keputusan teragak agak & kejap ni, kejap tu. Akhirnya, rakyat jugak yg kena kencing. Ramai gaji tak macam menteri. Gaji sebulan menteri= gaji rakyat 2-3 thn.
Menteri pas bukan buat bodoh tapi memang bodoh tahap gaban… bodoh tak boleh diajar, harinie kau kira lah share dosa kau kat rakayat msia yg terkesan teruk sejak kau tebuk atap
cuba tgk apa dia ckp..’saya amat berharap rakyat trus patuhi SOP..so SOP utk rakyat ja
Pemimpin Islam sebenar ada lah orang yg jujur, amanah, adil dan bertanggung jawab akan melakukan yg terbaik yg telah di amanahkan kepada nya bukan untok diri nya, keluarga atau kawan dan sekutu nya. Dia menjalankan tanggung jawab hanya untok Allah dan tidak mengharapkan apa2 balasan dari sesiapa atau manusia. Jika dia tidak dapat melakukan nya dgn terbaik maka dia akan berundur untok memberi jalan pada orang yg layak untok mengambil tempat nya.Itu lah pemimpin Islam yg sebenar.
Org politaik susah nk pcaya dr parti apa pon
How in the first place mawar got involved in this?
Kenapa bukan dahlia, melor atau tahi ayam?
Fitnah fitnah tapi tiada penafian yg jelas…seperti Saya belum bernikah dengan mana2 shrek …..Sudahlah….
Geli la klu kena gosip dgn org pas yg cam kekonon menteri ni. Yuck
Tula.. bile menteri sibuk sgt pegi kenduri artis, celebs, kan dah asik kene gosip ngn dorang je.
masa hari pertama gossip keluar, menteri tersebut ckp nk buat report polis sbb hal tersebut tak benar, dh byk hari berlalu ni.. report dh buat lom?
Hihi, aku rasa janda ni memang kena fitnah. Masakan dia ada taste nak naik keta berdua2an ngan org pakai kot ngan baju batik. Tengok tudung laa.. Jgn sebarkan fitnah pada bulan syawal yg mulia nie. Bulan Ramadhan dan bulan2 yg lain pun tak leh juga.