fbpx

Bagi kaki travel, pasti kaki dah rasa ‘gatal’ untuk pergi jalan-jalan kan? Nak pula tengok kawan-kawan update status pergi travel luar negara, alahai bestnya! Seronoknya tengok dorang kan? Anda tu bila lagi, jomlah!

Jika anda cari lokasi percutian yang mudah dapat makananan halal, Gold Coast adalah jawapannya. Gold Coast pun salah satu lagi destinasi wajib pergi bagi rakyat Malaysia. Bukan setakat pantainya yang sangat cantik menjadi dambaan ramai malah banyak lagi tempat menarik yang buatkan anda tak pergi tempat lain dah. Serius!

Kalau anda nak tahu, destinasi ini juga banyak jadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia tau. Jadi, apa yang seronoknya Gold Coast ini? Jom kita tengok.

Gold Coast – Alam Semulajadi, Gaya Hidup, Pengembaraan

Datang sini nanti anda boleh bersantai-santai di Burleigh Heads Rick Shores. Di sini memang terkenal dengan Restoran Pan-Asia Beachfront. Dia punya makanan tu memang tidak dapat dilupakan. Kafe dan restoran fotogenik ini pasti menyajikan pemandangan yang luar biasa untuk anda.

Anda juga boleh ke Taman Negara Burleigh Heads yang terletak di tepi pantai sepanjang Tallebudgera Creek, Gold Coast. Taman Negara ini dilengkapi dengan dua laluan iaitu Rainforest yang boleh menghubungkan anda ke puncak bukit dan Ocean View, yang mana anda boleh melihat permandangan laut! Wah, menariknya.

Sambil-sambil tu anda boleh lah sarapan pagi atau makan tengah hari di kafe lokal terbaik di Gold Coast iaitu Social Brew, Commune dan Paddock Bakery.

Nak menikmati permandangan pantai yang indah dan berkelah santai pun boleh gais, anda boleh ke Burleigh. Persisiran pantainya saja sudah cukup membuatkan anda seperti berada di dunia berbeza. Best weh.

Selain itu, anda boleh masukkan night market, Miami Marketta dalam list anda tau. Sumpah menarik! Di sini banyak benda yang anda boleh lakukan bersama keluarga tersayang anda.

Ada muzik, street food, dan macam-macam lagi! Night market ini dibuka secara percuma kepada orang ramai setiap hari Rabu, Jumaat dan Sabtu dari 5 petang.

Lepak Sini Pun Onz!

Sekarang, kita cuddle pula dengan koala! Yangni kami pasti anak-anak melompat gembira. Anda datang jer ke Sanctuary Wildlife Currumbin ni, memang luar biasa. Selain memeluk beruang koala anda juga boleh memberi makan kepada kawanan kangaroo, melihat pertunjukan burung terbang dan banyak lagi!

Dah boring dengan aktiviti biasa? Jangan risau, anda boleh berkayak atau menyewa paddle boards dan menyewa peralatan memancing dari Boatshed Bait & Tackle di Sandy beach, Currumbin Creek.

Anda juga boleh nikmati minuman sejuk dan makan tengah hari selepas berendam di pantai di Boatshed Deck – Sandy & Salty!

Currumbin Rock Pools pula antara tarikan yang sempurna untuk bawa anak-anak kecil berhibur kerana ‘kolam’ ini ada bahagian cetek yang sesuai untuk anak anda berenang di sini. Air pun sejuk jer, best!

Yangni Pun Best Juga Gais

Jom kita lari sekejap dari pantai-pantai yang femes dan drive ke landskap bukit yang menghijau ini. Anda boleh buat salah satu aktiviti di sini iaitu Rainforest Campsite! Di sini anda boleh berhubung dengan alam semulajadi, rasa fresh jer bila merasai sendiri Safari Tents.

Sky Lodges antara salah satu apartmen versatil yang memenangi anugerah yang boleh anda stay di sini untuk berehat.

Scenic Rim pula antara tempat wajib pergi kerana pernah tersenarai Lonely Planet’s Top 10 Regions of the World List 2022. Dengan penuh kesenian, ini adalah syurga luar bandar yang berkembang maju untuk diterokai.

AirAsia X Ada Promosi!

Dengar kata sejak perjalanan ke luar negara dipermudah dengan tambang murah perjalanan jarak jauh dari Air Asia X, percutian anda jadi lebih indah dan berbaloi!

AirAsia X kini sedang mempromosikan penerbangan ke Gold Coast pada harga serendah RM599 dan untuk premium flatbed: RM3,999. Tempoh perjalanan pula adalah dari 31 Mac hingga 30 November 2023.

AirAsia X akan terbang sebanyak tiga kali dalam seminggu bermula 31 Mac untuk ke destinasi ini. Dan anda, boleh membuat tempahan tiket dari 27 Februari hingga 5 Mar 2023. Tertakluk terma dan syarat.

Untuk memudahkan anda menempah tiket, jangan lupa untuk muat turun aplikasi airasia Super App di peranti Apple dan juga Android. Semudah ABC jer gais. Jom tempah sekarang! Tekan LINK ini atau LINK ini!