Petang petang sebegini sebelum anda semua pulang ke rumah meraikan Hari Malaysia, kita layan entri ringan.

Majalah yang tidak pernah kami baca sebelum ini, GLAM Lelaki rupanya keluarkan dengan tema Filem untuk edisi terbaru.

GLAM Lelaki kali ini memaparkan Henry Golding sebagai lelaki muka hadapan — juga bertemakan filem, James Dean & Marlon brando.

Menariknya, selain memaparkan banyak artikel lain berkaitan dunia perfileman Hollywood atau tempatan, ada satu artikel yang menarik perhatian kami untuk buka dan baca.

THE MOVIE ISSUE: MEMAPARKAN 10 PELAKON TERBAIK MALAYSIA

Must be a very good selection by the editor right? Wrong. Berikut adalah senarai 10 pelakon terbaik menurut GLAM Lelaki. Enjoice! 

  • Fizz Fairuz
  • Vanida Imran
  • Nur Fazura
  • Maya Karin
  • Zizan Raja Lawak
  • Syafie Naswip
  • Elfira Roy
  • Khir Rahman
  • Zahiril Adzim
  • Fouziah Ghous