fbpx

Ingat lagi dalam entri lepas yang kami tulis sebuah kumpulan pop Korea bakal turun ke Malaysia untuk menjayakan konsert hujung minggu ini?

Satu laporan telah mengesahkan yang Girl’s Generation (SNSD) menjadi pilihan penganjur untuk memeriahkan konsert Twin Towers @ Live 2012.

Ini merupakan kunjungan pertama kumpulan pop Korea paling berpengaruh dalam sejarah — & mereka baru sahaja tamat mempromosikan diri mereka di Amerika Syarikat baru baru ini. 

Girl’s Generation akan beraksi di’samping Orianthi, Kelis & Nicole Scherzinger dalam konsert yang bakal berlangsung di KLCC pada 23 & 24 Mac ini.