fbpx

Akhirnya selepas beberapa pengenalan ‘mengacah’ peminat mereka di’seluruh dunia, Girls’ Generation (SNSD) melancarkan video muzik penuh untuk single terbaru mereka — I Got A Boy.

Bersama dengan pelancaran video muzik ini adalah terbitkan album penuh keempat mereka dengan judul yang sama menampilkan pelbagai genre muzik seperti dance, balada, pop retro, swing jazz dan lain lain.

Video muzik I Got A Boy di’lancarkan di beberapa laman sosial seperti Facebook, Youtube & Twitter dan konsep video terbaru ini menampilkan anggota SNSD dengan persembahan yang lebih berkarisma & bertenaga.