fbpx

Selepas beberapa kali mencari tumpuan peminat muzik Korea seluruh dunia dengan teaser album terbaru mereka, Girl’s Generation atau SNSD hari ini melancarkan senjata terbaru mereka.

Tampil dengan judul album & single pertama yang sama, The Boys pihak pengurusan SM Entertainment memang melakukan promosi besar besaran untuk penampilan kembali Girl’s Generation.

Pelancaran album terbaru mereka ini pernah di’tunda sebelum ini kerana pihak pengurusan mahukan pelancaran serentak 19 Oktober di’seluruh dunia termasuk pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

Langkah terawal mereka adalah melepaskan video muzik penuh untuk single pertama The Boys di’Youtube beberapa minit yang lalu untuk tontonan peminat Girl’s Generation seluruh dunia.

Kami secara peribadi suka akan choreography & fesyen ahli kumpulan Girl’s Generation dalam muzik video ini tetapi tidak terlalu minat dengan single pertama The Boys.