Mendedahkan pernah memakai pendakap gigi (braces) sebanyak dua kali ketika zaman persekolahan, pelakon dan pengacara Mira Filzah berkata ia disebabkan tidak konsisten dan berdisiplin sehingga giginya bergerak semula.
Menjawab soalan yang ditanyakan oleh netizen di Insta Story, Mira berkata dia terpaksa berbelanja puluhan ribu ringgit untuk menjalani rawatan tersebut berikutan sikapnya yang tidak berdisiplin. Katanya lagi, dia sudah menghabiskan RM12,500 untuk aligners bahagian gigi bawah.
BACA: 10 Fakta Tentang Bakal Suami Mira Filzah
“OMG OMG hahaha ya. Dua kali! Pertama kali pakai braces masa emm tingkatan empat atau lima macam tu. Tapi malas pakai retainer. Kemudian gigi gerak balik.
“Selepas tiga atau empat tahun, pakai aligners dekat gigi bawah sahaja, yang berjumlah RM12,500 tapi malas pakai, apa pun tak jadi.
“Susah ya pakai ni, awak kena buka setiap kali nak makan. Nak sip kopi pun kena buka. Tidur pun kena pakai. Eeee.
Dalam pada itu, Mira berkata pemakaian pendakap gigi memerlukan komitmen yang tinggi. Meskipun disarankan oleh doktor untuk memakai aligners, bagaimanapun Mira seolah sudah mengalah.