fbpx

10 Fakta Tentang Bakal Suami Mira Filzah

Sekian lama berteka-teki mengenai status hubungannya dengan Wan Emir Astar, bagaimanapun segalanya sudah terjawab apabila Mira Filzah mengesahkan dia sudah menjadi tunangan jejaka tersebut.

Susulan berita pertunanganya itu, ramai lelaki meluahkan rasa sedih dan kecewa. Malah, ramai yang beranggapan jejaka itu sangat bertuah kerana bakal memiliki aktres kesayangan ramai tersebut.

BACA: Timbalan Menteri Datin Mastura Sahkan Bakal Jadi Ibu Mertua Mira Filzah

Apa yang pasti, ramai ingin tahu siapa sebenarnya jejaka yang berjaya mencuri hati Mira Filzah. Ini fakta mengenai Wan Emir dan hubungannnya dengan Mira Filzah.

1. Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki.

2. Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di @wanemirastar.

3. Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Ibu Emir mula bertanding sebagai wakil rakyat di kawasan itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Jun 2016 selepas kematian suaminya yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar.

4. Arwah bapa Emir iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016 dan mendapat liputan yang meluas.

5. Emir juga mengikut jejak langkah ibu bapanya dengan bergiat aktif dalam bidang politik dengan membantu ibunya berkempen.

6. Jejaka kacak hitam manis itu pernah berkawan dengan Mira sewaktu zaman pengajian namun hubungan itu terputus selepas Emir terbang ke luar negara bagi melanjutkan pelajarannya.

7. Khabar angin yang mengatakan Mira sudah dirisik Emir dan bakal berkahwin pada Oktober depan mula berterbangan sejak beberapa bulan lalu.

8. Lebih menguatkan spekulasi mengenai hubungan itu apabila Mira dan Emir hadir buat kali pertama di khalayak umum ketika di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabila pada Januari lalu.

9. Pada 16 Julai lalu, Mira akhirnya mengakui dia sudah bertunang dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi namun belum bersedia berkongsi info lanjut mengenai perkara itu.

10. Kalau nak tahu, Mira Filzah juga bakal berbiras dengan pengacara Shalma Ainaa yang berkahwin dengan adik kepada Emir iaitu Wan Imar Izzat.