fbpx

Geran Khas Prihatin Ringankan Beban Syarikat & Peniaga Mikro PKS!

Usahawan dan peniaga Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro boleh tersenyum bahagia bila kerajaan mengumumkan untuk beri bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang berkelayakan! Wah, lega betul kalau dengar berita menggembirakan macam ni kan?.

Bantuan kewangan ini adalah di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) dan kini dibuka semula kepada GKP 2.0 selepas ramai yang tak berpeluang mendaftar jadinya kerajaan melanjutkan demi anda sehingga 31 Oktober. Kami pasti ramai yang dah mohon kan? Bagi yang tak sempat tu, anda boleh membuat rayuan yang akan dibuka pada Disember ini. Masih ada peluang ya, jangan risau!

GKP ini adalah untuk meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan yang terkesan dan terjejas dengan COVID-19 termasuklah penjaja pasar malam, peniaga kecil dan sebagainya.

Dah Boleh Semak Keputusan

Memang tak dapat dinafikan, bila COVID-19 datang menyerang, emosi pun terganggu. Yelah tak mudah nak tangani situasi ad hoc dalam perniagaan. Sangat mencabar jugak untuk teruskan perniagaan. Mana nak fikirkan staf lagi, hutang lagi dan banyak lagi masalah yang terpaksa hadap last minit ni.

Dan ramai juga usahawan dan peniaga yang takut nak hadap risiko apa yang akan berlaku di kemudian hari. Ada jugak yang memang dah tersedia dengan bebanan hutang sebelum COVID-19 melanda. Maunya tak pening kepala. Betul tak? Dan disebabkan inilah, kerajaan dengar rintihan anda dan mewujudkan GKP.

Tapi tulah, anda mestilah sentiasa peka. Jangan dok harap maklumat datang bergolek kepada anda. Cuba gali info tu. Ringankan mulut bertanya dan sentiasa up-to-date dengan info-info melalui sosial media ataupun media-media massa.

Bagi anda yang telah memohon GKP ini dah pun boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020. Anda boleh semak melalui Portal GKP di LINK INI yang disediakan oleh LHDNM. Hanya masukkan nombor kad pengenalan anda. Rujuk gambar di bawah yer.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pembayaran akan mula dibuat bermula 25 November 2020. Jadi pada anda yang dah mohon tu mesti senyum lebar lah! Pembayaran untuk GKP akan dikreditkan ke akaun bank persendirian anda masa anda buat permohonan tu yer. Make sure bank aktif tau. Gunalah bantuan itu sebaik-baiknya demi kelangsungan perniagaan anda.

Pandemik COVID-19 memang mendidik kita untuk handle situasi dengan lebih baik. Jangan rasa terbeban. Mungkin dengan bantuan GKP ini, anda boleh warnai kembali perniagaan anda. Perjuangan masih belum selesai!

Apa yang anda perlu buat sekarang adalah sentiasa cekal dan sentiasa berdoa supaya COVID-19 ni berakhir segera. Mungkin selepas ini ada lagi bantuan yang bakal menyusul. Paling penting, anda perlu cepat grab peluang yang dibuka oleh kerajaan untuk usahawan dan peniaga ini ya! Satu lagi, urus kewangan dengan lebih baik.