Elvina Disumpah Seranah, Digelar Pelacur Kerana Ruhila
Berjaya membawa watak antagonis sebagai Ruhila menerusi drama Takdir Yang Tertulis, pelakon Datin Elvina Mohamad menerima tempias bukan sahaja disumpah seranah, malah turut digelar pelacur oleh netizen.
Elvina berkata ramai yang terbawa-bawa sehingga melepaskan geram dengan meninggalkan komen negatif di media sosial miliknya.
BACA: Elvina Tak Menyesal Kongsi Masalah Rumah Tangga Di IG
“Ya, rata-rata penonton drama itu sangat beremosi dengan watak Ruhila kerana menjadi duri dalam daging. Malah, ramai cakap kejahatan Ruhila tersembunyi di sebalik wajahnya yang lembut itu.
“Ada yang terbawa-bawa emosi marah mereka sehingga meninggalkan komen yang tidak sepatutnya seperti mengggelarkan saya sebagai pelacur dan itu sedikit melampau bagi saya,” katanya.
Menyifatkan komen netizen itu agak keterlaluan, Elvina berkata penonton perlu bijak mengawal emosi mereka serta tahu membezakan lakonan dengan realiti.
“Rasanya komen-komen negatif seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana semuanya hanyalah drama. Mereka sepatutnya bijak membezakan antara lakonan dan realiti,” ujarnya.
Enggan mengambil tindakan terhadap segelintir netizen yang menulis komen melampau, Elvina menyifatkan komen-komen tersebut membuktikan dia berjaya membawa karakter tersebut sehingga memberi impak emosi kepada penonotn.
- SUMBER
- Kosmo!
Lets share :
1) COD iaitu Cash-On-Delivery bermaksud pembayaran secara tunai ketika barang dihantar. Bukan bermaksud delivery itu sendiri ya. Contoh penggunaan yg betul: Boleh saya bayar COD tak? Nk tgk kuih yg awak akan hantar tu dalam keadaan elok ke tak. Then, br sy bayar. Xnak la bank in dulu. Contoh penggunaan yang salah : sis order hari ni, nnt saya COD secepat mungkin. Aik? Penjual pulak yg nak bagi cash kat Penjual masa hantar naanti?
Hapooo?? Buat malu je kalau tak faham maksud COD tp berurusan dgn orang yg faham. Nak2 pulak jual kt bukan malay yg faham maakna COD
Guys!! Exercise byk2 kat rumah untuk improve kesihatan badan.. Untuk tingkatkan immune system. N kalau terkena covid jugak, kurang symptom & cepat pulih
SERI MANJUNG: Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), mewujudkan kios Ekspedisi Rakyat Terbela (Erat) bagi meringankan beban golongan memerlukan dan terjejas akibat wabak COVID-19.
Presidennya, Mohamad Sharil Salihan, berkata projek itu bermula Oktober lalu untuk membantu, terutama keluarga yang terputus atau kekurangan bekalan makanan.
Beliau berkata, inisiatif menyediakan kios Erat di dalam kawasan premis MPM itu adalah hasil cetusan idea ahli kelab dan kakitangan lain majlis berkenaan yang prihatin dengan situasi getir kini.
“Barangan keperluan makanan asas seperti beras, gula, teh, susu dan biskut yang disediakan di kios ini adalah hasil sumbangan kakitangan MPM serta orang ramai, termasuk golongan kenamaan dan wakil perusahaan setempat.
“Kami sedar dalam keadaan kini, ramai individu terjejas pendapatan. Justeru, kami berusaha membantu dengan inisiatif ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Mohamad Sharil berkata, bantuan di kios itu boleh diambil setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 7 malam, dengan individu terbabit hanya perlu memaklumkannya kepada pengawal keselamatan.
“Sesiapa saja tanpa mengira agama dan bangsa, asalkan menghadapi kesukaran serta memerlukan, mereka boleh mengambil bantuan disediakan mengikut keperluan.
“Setiap hari, akan ada individu datang mendapatkan bantuan ini.
“Setakat ini, 450 individu sudah menerima manfaat daripada projek kios Erat dengan pengagihan dibuat mengikut sumbangan yang diterima.
“Kami mengalu-alukan sumbangan barangan keperluan makanan asas daripada orang ramai,” katanya sambil memaklumkan projek itu turut meringankan beban asnaf setempat dengan bantuan dihantar ke rumah setiap bulan.
Sementara itu, wakil penyumbang daripada syarikat berhampiran, Ting Tai Huat pula berpendapat tiada batas dalam usaha membantu meringankan beban mereka yang memerlukan biarpun berbeza agama dan bangsa.
Beliau berkata, pihaknya turut prihatin dengan situasi semasa, justeru ingin berkongsi rezeki dengan penduduk setempat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Typo: Aik? Penjual pulak yg nak bagi cash kat Pembeli masa hantar naanti?
Apa benda cod cod ni… ko stress pasai apa sis….
Btw Aku sorg je ke x tgk drama ni??
x ske citer mcm ni.. hrp drama melayu tlg la buat citer lari dr citer harta2 ni.. dh menyampah..tlg cri penulis yg kuat berangan cerita pasal chef terkenal yg tampan,egois, berlagak, jatuh cinta dgn pekerja dia.. pekerja dia ske melawan minat dlm masakan, dia sebenar ank org kaya tp minat masak, keluarga x izinkn.. masukkn komedi dlm citer tu.. watak jahat adalah mak bapak perempuan tu nk jatuhkn chef tu.. haisshhh tu pn nk ajarrr