fbpx

Genap 30 Hari, Peminat Rindu Nak Dengar Celoteh Siti Sarah Memasak

Semalam, genap 30 hari pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah. Pemergian Siti Sarah turut dirasai oleh seluruh peminat dan rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsian di Instagram milik arwah, ada dikongsikan video masakan kenangan Siti Sarah. Malah arwah mempunyai tagline ‘my style’ yang bermaksud masakan mengikut cita rasanya sendiri.

BACA: Shuib Belajar Mengaji Al-Quran Selepas Pemergian Siti Sarah

Video tersebut turut disertakan kapsyen kenangan yang masih tersimpan untuk dikongsikan buat para peminat yang merindukannya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang turut meluahkan rasa rindu untuk mendengar celoteh arwah ketika memasak dan tidak sangka sekejap masa berlalu.

Malah, ada yang mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar pahala perkongsian resepi ini mengalir buat Allahyarham Siti Sarah.

Terdahulu, pengendali Instagram arwah memaklumkan akaun tersebu akan terus aktif untuk berkongsikan perkembangan terkini empat anak arwah serta perniagaan yang diusahakannya.