fbpx

Gementar Nak Nikah Malam Ini, Atikah Suhaime Harap Perkahwinan Kekal

Pelakon Atikah Suhaime berkata dia mengakui gembar bakal bernikah malam ini sekaligus akan menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri selepas ini.

Memetik Harian Metro, Atikah berkata majlis yang diadakan secara tertutup yang diadakan di Cornerstone IPC hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat sahaja.

BACA: Atikah Suhaime Takut Gemuk Walaupun Makan Tauhu Seketul

“Saya berasa agak gementar menanti saat untuk diijabkabulkan malam ini kerana sedar tanggungjawab berat selepas bergelar isteri.

“Majlis pernikahan berkonsep moden (tema sakura) ini bakal dihadiri seramai 260 ahli keluarga terdekat dan teman rapat saja kerana bakal suami tidak biasa dengan kehidupan saya sebagai selebriti. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi TikTok @zaitun.official,”katanya.

Dalam pada itu, Atikah turut mendoakan perkahwinannya itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Semalam, Atikah mengadakan majlis berinai berkonsep ‘Morocco’ di sebuah hotel di ibu kota dengan dihadiri seramai 100 ahli keluarganya dari Singapura.