fbpx

Atikah Suhaime Takut Gemuk Walaupun Makan Tauhu Seketul

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, pelakon Atikah Suhaime meluahkan rasa dan dilema mengenai maslaah berat badannya.

Atikah berkata dia merancang pelan diet untuk dirinya dengan cara tersendiri. Malah, Atikah berkata di usia 30 tahun, makan seketul tauhu boleh menaikkan berat badan.

BACA: Atikah Suhaime Pelik Kurang Dapat ‘Like’ Walaupun Ada 1 Juta Followers

“Jadi sekarang saya merancang untuk ‘crush diet’ (diet melampau) untuk tiga hari dan kembali pada diet sihat (pada hari keempat). Kemudian buat balik ‘crush diet’,”

“Kadangkala saya mendapati walaupun cuma memakan seketul tauhu pun boleh menyebabkan saya menjadi gemuk dengan mudah bila sudah berusia 30 tahun,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian lain, Atikah berkata dia masih berpegang pada prinsip ‘sayangi tubuh badan sendiri’. Namun, dia mahu kelihatan cantik dan bergaya kerana perkara itu boleh membuatkan dia berasa yakin dan gembira.

“Saya mahu kelihatan menarik dan cantik ketika bergaya. Anda mungkin boleh untuk tidak bersetuju. Tetapi saya rasa itu adalah satu-satunya cara untuk saya rasa gembiran dan yakin apabila saya kelihatan menarik,” katanya.

Sebelum ini, Atikah mendedahkan dia terpaksa menolak banyak tawaran lakonan kerana mengalami pertambahan berat badan sejak Covid-19 kerana merasakan dirinya kelihatan seperti seekor ikan paus.