fbpx

Gembira Dalam Duka, Ali Puteh Sebak Isteri Disahkan Hamil

Dikala sedang berduka di atas pemergian abang kesayangannya, Allahyarham Abam Bocey Isnin lalu, terselit kegembiran buat Ali Puteh apabila isterinya, Melati Fitri Abdullah kini sedang hamil enam minggu.

Berita gembira itu disambut dengan penuh kesyukuran. Dalam pada sama, Ali terkenangkan jika arwah Abam masih lagi disisinya pasti dia akan gembira dengan perkhabaran tersebut.

BACA: “Anak Abam Sudah Mula Tercari-Cari Bapanya”

“Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang. Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.

Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini. Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya sebak.

Ditanya mengenai kandungan isterinya, Ali memberitahu pemeriksaan berkala akan dilakukan mengikut prosedur seperti biasa. Namun, Ali berkata untuk kandungan kali ini akan diberikan lebih perhatian.

“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain. Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang).

“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya,” katanya.

November tahun lalu, Ali kehilangan puteri keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang disahkan meninggal dunia kerana jantung berlubang dan mengalami masalah injap jantung terbalik.