“Gelaran Ustaz Tiada Apa-Apa Kelebihan Pun”
Baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Inteam iaitu Suhaimi Saad mengumumkan dirinya meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid, malah katanya lagi dia tidak mahu lagi dipanggil sebagai ustaz.
Menurut Suhaimi, gelaran ustaz itu tidak memberi apa-apa makna, ia hanya panggilan sahaja dan hakikatnya semua manusia sama.
BACA: Bersara Jadi Penyanyi Nasyid, Suhaimi Saad Dah Rekod Lagu Rock Kapak
“Hakikatnya semua manusia sama. Apapun gelaran atau genre yang kita bawa, itu tidak akan memberi kelebihan pada kita sama ada di dunia mahupun akhirat.
“Ia kerana Allah tidak menilai seseorang berdasarkan gelaran atau jenis muzik yang kita bawakan. Jika niat baik, senikata dan cara penyampaiannya, maka baiklah balasan yang akan kita terima.
“Sebaliknya kita tidak akan pernah menjadi maksum hanya kerana kita membawakan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan atau hanya dengan meletakkan gelaran ustaz di awal nama kita,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Suhaimi berkata ustaz hari ini tidak lagi seperti dahulu kerana sebelum ini ia adalah satu gelaran yang dihormati. Ujarya lagi, yang paling utama bukan gelaran sebaliknya akhlak dan amalan.
“Sekarang kita ada macam-macam ustaz antaranya ustaz segera ,ustaz kaki perempuan, ustaz mencabul, ustaz tipu duit umrah dan pelbagai jenis ustaz lagi.
“Apakah kita harus bangga dengan gelaran ustaz? Dulu ustaz adalah satu gelaran yang sangat terhormat dan mulia di mata masyarakat,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Ada ke owg pgl ko ustaz..????
Perasan gila. Bila masa kau jadi Ustaz Suhaimi?
Muka takda nur. Kau hanya dikenali sebagai bekas anggota kumpulan InTeam ja, dah jadi bekas pon lapar perhatian macam Neelokap. Apa bukti bumi datar? Bila kau nak terjun ke hujung dunia? Bebal.
So? Kau nak apa Suhaimi? Kau tu bekas artis nasyid, dah jadi bekas pon lapar perhatian macam Neelokap. Akhlak kau pon ke loji tahi, buat account kt apps gay promote urut batin. Baik kau pergi merentas bumi. Buktikan yang bumi ni datar. Kah kah kah
Ekau lagi bangg..Kan Lina dah kobar bilo tarikh rombongan nk poi ujung dunio yg abg kato flat earth tu..
Ekau jgn smpai Lina bortukar jadi Godzilla iyo.
Kang langsung destinasi kito kek centre of the earth pulak nanti.
Rotikaya plis stop making stupid people famous.
aku lebih rela cari orang biasa.. bukan yg ustaz2 pun takpela. Asalkan orang tu buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. itu sudah cukup. Dari yang acah ustaz, dapat pulak perangai gini. aduiiiii simpang oi. Zaman sekarang mudah. kalau orang tu anti vaksin. aku anggap orang tu pemikiran kolot. kita kasi reject !