fbpx

Foto Separuh Bogel Zul Ariffin Jadi Bualan Lucah

Sebelum ini nama Zul Ariffin menjadi bualan ramai apabila gambar alat sulit yang didakwa miliknya tersebar di media sosial. Berikutan isu tersebut, Zul Ariffin menjelaskan ianya perbuatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu memalukannya.

Terbaru, Zul Ariffin sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik foto menunjukkan badan sasanya sambil membetulkan seluar pendek yang hampir terlondeh.

https://www.instagram.com/p/BkRbIqRBDUT/?utm_source=ig_embed

Seperti biasa, rata-rata peminat wanitanya menjadi tidak keruan dan tak senang duduk gara-gara badan sasa Zul yang seksi. Tidak kurang juga foto tersebut menjadi bualan lucah dikalangan wanita.

 

Tidak kurang juga, ada segelintir lelaki turut meninggalkan komen dengan meluahkan rasa meluat dengan sikap wanita yang tidak ada perasaan malu memberikan komen sedemikian rupa. Tak salah nak minat, tapi simpan sikit rasa ghairah tu.