Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai penampilan penyanyi Aina Abdul ketika sidang media sempena konsertnya apabila tampil dengan gaya hijab dikatakan seperti rahib.
Sedar ramai yang kurang senang dengan penampilannya itu, Aina memohon maaf secara terbuka serta mengakui kekhilafannya itu.
BACA: “Saya Suka Fesyen Walaupun Nampak Macam Sister”
“Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penampilan saya pada Sidang Media ANWAA 2.0, baru-baru ini.
“Namun, saya mengakui kekhilafan dan ia mendatangkan salah faham ramai pihak, jadi saya ingin memohon maaf,” katanya.
Menerusi satu entri yang dimuat naik di Insta Story, Aina memberitahu dia juga akan lebih berhati-hari dalam berfesyen di masa akan datang.
“Saya akan lebih berhati-hati dalam berfesyen selepas ini. Selamat berhujung minggu, semoga semuanya berada dalam rahmat Allah SWT,” katanya.
Terdahulu, Aina berkata dia hanya mahu menghargai gaya itu sebagai satu fesyen. Ujarnya, meskipun dia berpakaian seperti itu bukannya dia memuja sesuatu.